Thursday, July 29, 2010

Bismillahirahmanirahim...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pada penghujung bulan Julai, saya Wan Nor a.k.a "jentayu" telah pun mencipta blog ini demi menyiapkan tugasan yang diberikan bagi subjek BKS 4023 Introduksi Perhubungan Awam atau sama dengan BKS 4023 Introduction To Public Relation. Objektif blog ini adalah untuk mengupas isu mengenai perhubungan awam dengan mewujudkan perbincangan/ diskusi/ soal jawab berkaitan topik kecil di dalam Perhubungan Awam. Topik tersebut berbunyi seperti berikut:-

 "The roles of social media as the main tool for PR practices in Malaysia."

"Peranan media sosial sebagai salah satu alat yang penting bagi pengamal perhubungan awam di Malaysia."

Oleh yang demikian, diharap kepada sesiapa sahaja di luar sana agar sudi melayari blog ini dan dapat berbincang mengenai topik di atas. Idea - idea bernas serta kerjasama anda amat saya hargai dan hanya tuhan yang mampu membalas..
Amin..

Akhir kalam, Terima kasih..